| QMD
Inc. telah ditubuhkan pada tahun 1987. Hasrat kami ialah untuk
mencipta perisian yang dapat menjimatkan masa bagi profesion
perubatan dan yang akan meningkatkan kualiti penjagaan. Pengumpulan
maklumat riwayat
pesakit dengan pendekatan baru serta cara efisien itu telah
merupakan cabaran pertama yang telah
kami
ambil
kira.1
Produk pencatat riwayat perubatan automatik
kami mula
dijual dari tahun 1987 ke 1992. Pada tahun 1997,
kami mula
mengusahakan perisian pencatat
rekod yang lengkap untuk pakar perubatan.
Kami
telah
menciptakan satu sistem rekod perubatan yang berasaskan komputer
riba untuk kakitangan
hospital.
Dengan
peredaran
masa, ternyata pengenaan satu model perniagaan yang terlalu
mudah
ke atas perubatan telah gagal. Kualiti penjagaan telah menurun
dengan ketara sementara kos
semakin
meningkat. Pelan insurans kesihatan swasta dan awam dicabar
dengan kegagalan dari
segi kewangan.
Tuntutan
pihak Kerajaan Negeri dan Persekutuan untuk dokumentasi* telah
menjadi lebih rumit dan hampir mustahil
untuk dicapai...
tanpa adanya
sistem perisian yang canggih. Penyelesaian perisian untuk masalah klinikal
jarang sekali ditemui. Namun, penggunaan “automasi”
secara ketara merupakan faktor terulung yang boleh menyelamatkan
penjagaan kesihatan pada detik ini dalam sejarah. Kami berdedikasi
untuk memperkenalkan “automasi” kepada proses penjagaan pesakit.
Dengan penyelarasan data dan idea, kepuasan dan keuntungan akan
kembali.
_______________
1Sistem
temu duga automatik
yang pertama untuk perubatan diusahakan oleh Warner Slack, M.D.
pada tahun 1966. Dr. Slack ialah seorang profesor emeritus di
Universiti Harvard.
*
sila
rujuk pada HCFA
Draft Evaluation & Management Documentation Guidelines
(Fail
PDF) Memerlukan Adobe Acrobat Reader™ untuk dibaca. Acrobat
Reader boleh didapati percuma di
www.adobe.com/products/acrobat/readermain.html |