| Bagaimana
ia berfungsi?
Perisian
ini menemu duga pesakit tanpa bantuan manusia; iaitu tanpa mengambil
masa kakitangan. Ia mengemukakan soalan di atas skrin dalam format
yang mudah dibaca, yang
dimulai
dengan soalan-soalan umum dan diikuti oleh soalan-soalan yang lebih
khusus bergantung kepada maklum balas daripada pesakit.
Apabila temu duga itu selesai, ia mempamerkan satu video berwarna-warni
tentang maklum balas daripada pesakit
secara
tersusun
serta
laporan bercetak yang padat
lagi
sesuai sebagai lampiran kepada carta pesakit. Pakar perubatan tidak
mengendalikan perisian
itu
tetapi hanya
menerima laporan temu duga
tersebut.
Malah
ia tidak melibatkan sebarang
latihan untuk kakitangan. Beberapa pesakit dapat ditemu duga
serentak.
Bilangan pesakit yang dapat ditemu duga serentak
itu
hanya terhad pada bilangan komputer sesebuah klinik ingin
sediakan untuk tujuan
tersebut.
Keupayaan Pelbagai Bahasa
The
Interviewer
boleh menemu duga pesakit dalam bahasa ibunda mereka, dan menghasilkan
laporan dalam bahasa pilihan pakar perubatan
itu.
Akta
Hak Awam 1964
telah ditafsirkan untuk memberi gambaran
bahawa semua
pusat
penjagaan kesihatan wajib menyediakan perkhidmatan terjemahan kepada
semua pesakit yang mengunjungi
pusat
itu. Di
beberapa
kawasan bandar seperti Los Angeles, lebih daripada 80 bahasa berlainan
mungkin ditutur. Dari
segi
kewangan, adalah tidak munasabah untuk membayar penterjemah-penterjemah
tersebut
24 jam sehari bagi semua bahasa yang mungkin dihadapi. Produk seperti
The Interviewer jauh lebih berkesan dalam menyelesaikan masalah
ini.
Tindakan Yang Disyorkan
Produk ini menawarkan
ahli perubatan
beberapa
tindakan spesifik yang perlu dipertimbangkan, seperti ujian makmal,
pengajian radiografi, dan sebagainya. Cadangan-cadangan ini berdasarkan
pada
maklum balas
yang diterima
daripada pesakit.
Pertanyaan
Pakar perubatan disediakan dengan keupayaan untuk mencari
dalam
pangkalan
data maklum balas pesakit.
Ulasan
produk
The Interviewer™
v. 1.0
"Secara
keseluruhannya, ...
satu
program yang dapat memberikan anda maklumat serba
lengkap lagi
terperinci yang penting untuk rawatan anda . . . dan sebagai ganjarannya,
anda berpeluang
untuk meluangkan lebih
banyak masa bersama pesakit dalam
prosesnya."
Physicians & Computers
Disember 1987
The
Interviewer™
v. 2.0
Medical Software
Reviews, September 1993 / Jilid. 2 No. 9
Pengulas: David W. Bauer, M.D.
JAMA 1994 Jilid
271
Pengulas: Ray van Wolkenten, M.D., Ph.D.
Keperluan Sistem:
Microsoft Windows '98 atau yang lebih tinggi |